Apa Itu Bina Badan?
Bina Badan merupakan sejenis sukan dan gaya hidup bagi membina otot melalui gabungan latihan mengangkat berat atau gym, penambahan kalori yang betul, dan rehat yang mencukupi.
Dalam sukan bina badan, peserta akan mempamerkan bentuk badan mereka kepada hakim yang akan menilai dan memberi mata berdasarkan ciri ciri tertentu.
Pada mulanya sukan ini hanya dipelopori oleh kaum lelaki, namun pada tahun 1980an, kaum wanita mula tertarik untuk terlibat dalam bina badan. Kini, sukan bina badan menjadi satu fenomena terutama bagi golongan muda sama ada lelaki mahupun perempuan bagi membentuk tubuh yang cantik.
Di Asia, sukan bina badan kelihatan sugul. Ini mungkin disebabkan bina badan memerlukan sumber kewangan yang tinggi disamping adat kesopanan Timur yang tidak menggalakkan keterbukaan seperti di Barat. Namun akhir akhir ini, bina badan mula mendapat tempat di Asia yang mengakibatkan pusat pusat kesihatan gimnasium tumbuh bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Sukan bina badan tidak boleh disalahertikan sebagai sukan angkat berat Olimpik, pertandingan Strongman atau Powerlifting. Ketiga tiga jenis sukan ini mengutamakan kekuatan individu tetapi bina badan lebih menumpukan perhatian kepada penjagaan dan nilai estetik bentuk badan seseorang. Dalam bina badan, bentuk dan saiz adalah lebih penting daripada berat yang boleh diangkat.
Oleh itu, sukan bina badan menjadi satu trend terkini kerana ia merupakan satu bentuk latihan semulajadi yang bersih dan sihat.
0 comments:
Post a Comment