Enter Header Image Headline Here

Saturday, 18 April 2015

Salah Faham Tentang Bina Badan.


Sebelum saya mendalami dan menyertai aktiviti bina badan ataupun dalam erti kata lain main GYM, Dalam minda saya tertanam persoalan yang kebiasaan orang biasa anggap tentang mereka yang berkecimpung dalam arena ini iaitu:

1. Amat susah untuk dimainkan.

Setelah mempelajari dan google-google di internet, sebenarnya untuk terlibat di dalam sukan bina badan ini tidak susah. Biasanya saya kan fikir susah dari segi latihan contohnya apa itu laltihan bench press dan sebagainya. So, ini akan menggangu minda dan menurunkan motivasi untuk terlibat dan sukan ini. Latihan-latihan ini sebenarnya telah diatur dengan spesifik sekali dan mudah untuk dibuat. Hanya ikut apa yang telah diajar. itu sajer.

2. Sukan ini memerlukan wang yang banyak untuk disertai.

Ini juga salah satu andaian yang memang sering bermain difikiran sebelum ini. Sebenarnya sukan ini tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk disertai, apa yang paling penting adalah disiplin dan memahami apa yang perlu dilakukan bagi menaikkan otot-otot tertentu. Tidak perlu melatih jurulatih untuk mendalami sukan ini, memadai hanya pergi ke gym dan google sahaja cara-cara bina badan. Bersepah di internet yang membincangkan tentang perkara ini. Buat permulaan, memadailah buat di rumah kerana ada cara bagi bina badan tanpa peralatan gym. Pokonya disini hanyalah disiplin yang tinggi dan semangat untuk berubah. Buat hari-hari sehinggan ia menjadi tabiat anda. Jangan mudah putus asa.

 3. Sukan ini memerlukan latihan yang keras dan setiap hari.

Sebenarnya sukan ini tidak memerlukan latihan yang keras dan membebankan. Cukuplah sekardar yang termampu dan mengikut jadual. Yang paling penting adalah disiplin yang tinggi dan berterusan. Bagi permulaan, beban beratan adalah mengikut kemampuan masing-masing dan juga tidak boleh dipaksa dengan beratan yang berat. Sukan ini juga amat mementingkan rehat yang mencukupi, kerana rehatlah yang menyebabkan otot-otot membentuk dan pulih sepenuhnya. Ia tidak memerlukan latihan setiap hari, memadai dengan 3 kali seminggu. Jika berlatih hari-hari, otot anda tidak akanmembentuk seperti yang dirancang kerana tidak dapat pulih sepenuhnya. Selain itu, makanan tambahan dan diet adalah penting dalam pembentukan otot-otot. Oleh itu, jadual makanan yang telah dirancang harus diikuti sepenuhnya.

Mungkin ini adalah perkara yang sentiasa bermain difikiran mereka yang tak biasa dengan gym seperti saya juga dulu-dulu dan apa yang ingin saya perkatakan disini ialah
sukan bina badan ini adalah gabungan tiga kriteria utama yang apabila diamalkan akan memberi kejayaan kepada impian anda bagi membina tubuh badan anda mengikut apa yang anda rancang iaitu LATIHAN BERATAN, MAKANAN TAMBAHAN ATAU DIET DAN REHAT YANG MENCUKUPI. Gabungan ketiga-tiga kriteria inilah yang menyebabkan impian anda satu realiti. Anda harus posotif dan bersemangat berterusan dan perlu diingat bahawa sukan ini tidak susah dan tidak memerlukan anda mengerah tenaga yang banyak kerana ia gabungan antara rehat , diet dan juga latihan.

Apa yang PENTING adalah, DISIPLIN yang berterusan...


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget