Enter Header Image Headline Here

Monday, 13 April 2015

Sejarah Bina Badan


Sukan bina badan sebenarnya bermula di India pada abad ke 11.
Atlet bina badan India mengangkat batu yang diukir seperti dumbell (dikenali sebagai Nals) sama seperti dumbell moden. Malahan, dikatakan gimnasium yang pertama wujud di India pada tempoh waktu yang sama dan pada abad ke 16, bina badan merupakan salah satu aktiviti harian orang India.

Sukan bina badan dihidupkan kembali

Sukan bina badan mula diperkenalkan semula oleh seorang rakyat Amerika Syarikat yang bernama Eugen Sandow atau nama sebenar beliau, Friederich Wilhelm Mueller.
Beliau telah mengadakan pertunjukan di World Columbian Expostion di Chicago pada 1893. Pada ketika itu, Sandow telah menunjukkan gaya gaya tertentu untuk memperlihatkan bentuk badannya, sama seperti gaya bina badan moden.
Selepas pertunjukan tersebut beliau telah berhijrah ke England dan membuka studio penggambaran yang dinamakan Physical Culture Studio.
Sandow telah memasarkan budaya fizikal di kalangan kaum pertengahan dengan menghantar hasil studio beliau melalui pos, dan menghasilkan majalahnya sendiri. Akhirnya dia mempunyai lebih 20 studio di seluruh England.
Salah satu daripada promosi beliau ialah dengan mengadakan pertandingan bina badan yang dipanggil Great Competition pada 14 September 1901.
Pada pertandingan tersebut, beliau menegaskan saiz otot yang besar tidak memastikan kemenangan, tetapi otot juga perlu dibangunkan secara simetri. Beliau merupakan salah satu daripada pengadil pertandingan selain Sir Arthur Conan Doyle.
Pertandingan ini diadakan di Dewan Diraja Albert. Tiket pertandingan ini bukan sahaja habis dijual, malah pertandingan ini juga menyebabkan kesesakan lalu lintas selama beberapa jam. Peliknya pertandingan ini tidak dibuat kesinambungannya biarpun mendapat sambutan sebegini hangat.

Perkembangan Bina Badan di Amerika Utara

Di Amerika Syarikat, kegilaan terhadap bina badan dimulakan oleh Bernarr Macfadden.
Disebabkan masalah kesihatan ketika kanak kanak, Macfadden meningkatkan kesihatan dan kekuatannya dengan mengadakan aktiviti luaran ketika remaja. Ketika umurnya mencapai 25 tahun, Macfadden berkerja sebagai penjual peralatan senaman di Columbian Exposition 1883. Pada ketika itu beliau menonton persembahan Sandow dan menjadikan Sandow sebagai inspirasi beliau.
Pada tahun berikutnya, Macfadden pergi ke New York dan berkerja sebagai pelatih peribadi, pakar terapi fizikal, dan pelatih wrestling. Pada Mac 1899, beliau memulakan majalah budaya fizikal yang menekankan pada diet kesihatan, kecergasan fizikal umum dan bina badan.
Pada 1900, beliau menghasilkan majalah kesihatan untuk wanita dan menamakan majalah tersebut sebagai Women Physical Development yang kemudiannya dinamakan sebagai Beauty and Health. Tindakan beliau ini merupakan titik tolak penglibatan wanita dalam bina badan.

Zaman Emas bina badan

Zaman Emas bina badan dikatakan berlaku antara 1940 dan 1970. Banyak majalah sukan bina badan baru dikeluarkan dan organisasi antarabangsa ditugaskan untuk mengendalikan pertandingan pertandingan di seluruh dunia. Pada ketika itu juga, banyak pantai telah mengkhaskan penggunaannya untuk sukan bina badan .
Misalnya Muscle Beach di Santa Monica, California mempunyai gimnasium terbuka yang boleh digunakan untuk mengangkat berat. Pada zaman ini juga, banyak persembahan persembahan akrobat di pantai tersebut. Muscle Beach ini juga telah menggalakan pertumbuhan industri makanan tambahan di Amerika Syarikat.
sumber:http://ms.wikipedia.org/

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget