Bina Otot
Untuk mendapatkan pertumbuhan otot atau pengembangan otot, ahli bina badan perlu menumpukan kepada tiga faktor:
Latihan bebanan
Latihan rintangan berat (Resistance Weight Training), lebih menumpukan kepada otot-otot seperti belakang, kaki, bahu, dada, dan tangan. Terdapat 2 jenis latihan bebanan, iaitu, latihan secara kompaun (compound training) dan latihan pengasingan (isolation training). Latihan kompaun, merupakan latihan mengabungkan dua jenis otot dan baik dilakukan ketika untuk proses pembesaran (bulking), dimana diperingkat ini bebanan lebih berat diangkat. Manakala, latihan pengasingan, lebih menumpukan kepada satu jenis otot dan baik untuk proses pemotongan lemak (cutting). [1]Latihan ini sering dilakukan dengan bebanan yang ringan, senaman kardiovaskular dan senaman perut. Senaman ini merupakan latihan yang sering dilakukan semasa persediaan sebelum pertandingan.Nutrisi
Kombinasi untuk mendapatkan pertumbuhan otot yang baik adalah hasil dari diet yang baik. Ahli bina badan banyak menumpukan permakanan makronutrisi dan mikronutrsi. Makronutrisi ini adalah permakanan dari sumber karbohidrat, protein dan lemak. Lemak yang dimaksudkan adalah lemak yang dikategori sebagai lemak baik, seperti minyak ikan. Manakala, mikronutrisi adalah dari permakanan makanan tambahan seperti vitamin-vitamin dan galian. Diperingkat pembesaran, makanan tinggi karbohidrat dan protien diamalkan. Bagi peringkat pemotongan lemak, makanan rendah karbohidrat dan lemak diamalkan bagi menampakkan otot dibadan dan diperut.[2]Selain makanan, air merupakan bahan nutrisi yang amat penting bagi pembentukan atau pertumbuhan otot.[3]
Rehat
Bagi mendapat pertumbuhan dan pembentukan otot yang elok, tidur yang cukup dari 8 hingga 10 jam diperlukan.sumber:http://ms.wikipedia.org/


0 comments:
Post a Comment