Enter Header Image Headline Here

Wednesday, 15 April 2015

Bina Badan dan Islam

 
Islam tidak mengharam atau melarang segala riadah yang dapat membantu umat atau penganutnya mendapat nikmat dari hasil riadah tersebut kepada tubuh badan individu tersebut. Maka, bina badan tidaklah dilarang atau diharam oleh Islam. Apa yang menjadi persoalan ialah tingkah-laku, pemakaian dan kelakuan pengamal sukan.

Islam juga menggalakkan penganutnya menjaga badan dan pemakanannya seperti pemikiran ahli sains dan para penasihat makanan didunia. Bina badan dapat membina keselamatan, meningkatkan kesihatan dan pemikiran individu terbabit yang mengamalkannya. Bukan saja mendapat fizikal yang sihat tetapi juga mental yang sihat.Serta dapat membina keyakinan pada individu itu.

Sukan atau riadah bina badan ini juga dapat membantu dalam mengatasi masalah kegemukan, ini kerana, bina badan bukannya fokus atau tertumpu kepada pembentukan otot sahaja malah pada keseluruhan badan juga. Pembentukan otot tidak akan terhasil dengan mengangkat berat atau bebanan sahaja, malah pembakaran lemak badan juga perlu dibantu dengan senaman kardiovaskular.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Recent Posts

Unordered List

Text Widget